Pelakon Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Menerusi video pendek itu, Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.

"Niat saya post video ni nak ucap terima kasih, tak ada niat lain dan kebetulan ada kes tengah panas.

"Maaf saya bukan nak mmanaskan lagi keadaan, mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah.

"Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

"Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua... Maka inilah mediumnya," tulisnya.

Niat saya post video ni nak ucap terima kasih..takde niat lain..dan kebetulan ada kes tengah panas..maaf saya bukan nak mmanaskan lagi keadaan..mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah..salah ke saya nak ucapkan terima kasih?hanya itu saja yang mampu saya buat..saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat tv,sokabar semua..maka inilah mediumnye Terima Kasih Doktor @aliffzaki dan nurses? #hospitalsultanhajiahmadshah #kitasemuaadalahHAMBA

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminatnya di Instagram yang rata-ratanya terdiri daripada petugas di hospital terutama jururawat.

Malah, ada yang mendedahkan sanggup berlapang dada untuk membantu ahli keluarga yang sentiasa merendah diri ketika datang menziarah ke hospital.

Baru-baru ini kecoh apabila anggota kumpulan Elite, Linda Rafar memuat naik keluhannya terhadap layanan acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Tindakan menularkan isu terbabit mencetuskan ketegangan dan membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.

Baca: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital

Baca: “Kami Akan Racun Mak Kau, Jangan Menyesal!”- Diugut 'Nurse', Linda Rafar Buat Laporan Polis

Baca: "Kerja Mencuci Pesakit Bukan Tugas Hakiki Jururawat" - Doktor Tampil 'Bahasakan' Linda Rafar

Baca: Kenyataan 'Nurse Is Not Our Level' Disalah Tafsir, Ini Penjelasan Zizan Razak!