Ini berita yang pastinya mengujakan peminat kumpulan K-Pop popular BTS!

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir.

"Insya-Allah, ada tahun depan, we will seal the deal.

"Perbadanan Stadium Malaysia sedang memuktamadkan proses untuk membawa mereka ke sini.

"Bagi saya ia perlu dalam merancakkan aktiviti di Malaysia, terutamanya dalam industri kreatif agar tidak berada di bawah Indonesia, Thailand dan Singapura," katanya ketika ditemu bual secara eksklusif dalam Program Khas sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018.

Jelasnya, melalui cara ini, ia akan menarik perhatian pelancong dari negara serantau Asia Tenggara.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan kehadiran kumpulan BTS yang juga dikenali sebagai Bangtan Boys bagi melangsungkan konsert mereka di Malaysia dalam masa terdekat.

Baca: Confirm! Tony Fernandes Bawa BTS Datang Malaysia

Foto: Carian Google, GLAM Lelaki