TUTUP

#ThrowbackGempak2018: Awek Cendol, Jeng Jeng Jeng Antara Trending & Viral Yang Paling Diingati!

Hiburan
#ThrowbackGempak2018: Awek Cendol, Jeng Jeng Jeng  Antara Trending & Viral Yang Paling Diingati!
Sedar tidak sedar tinggal kurang dua sahaja lagi kita semua bakal menjengah ke tahun 2018.

Mengimbau sepanjang tahun ini, banyak kisah lucu serta suka dan duka berlaku dalam negara sehingga menjadi tular dan diingati.

Sebelum menjengah tahun 2019, Gempak imbau kembali cerita viral pilihan yang menjadi trending dan sebahagiannya menjadi ikutan rakyat Malaysia.

1.       Keke Challenge

Keke Challenge merupakan sebuah tarian ringkas yang menampilkan lagu popular dari penyanyi antarabangsa, Drake berjudul In My feelings.
Netizen mula memuat naik klip video sebagai cabaran mereka menari di luar kenderaan yang sedang bergerak perlahan menggunakan lagu tersebut.
Bukan sahaja orang biasa, malah ramai selebriti turut memuat naik video tarian mereka, antaranya, Siti Sarah Raisuddin, Fasha Sandha, Janna Nick dan ramai lagi.
Kegairahan mereka untuk menyahut cabaran itu bagaimana pun telah mendapat kecaman netizen serta membuatkan pihak berkuasa terpaksa memberi peringatan akan keselamatan diri mereka di jalan raya.
 


2.       Awek Cendol

Gadis muda yang dikenali sebagai Nija mula dipanggil dengan gelaran ‘Awek Cendol’ gara-gara videonya meminta cendol tular.
Rakaman tersebut menunjukkan Nija merengek manja meminta cendol daripada teman lelakinya.
Video itu kemudian menjadi tular dan ikutan di media sosial apabila ramai mula memuat naik video parodi ‘Awek Cendol’.
Gara-gara video tersebut, Nija mula menjadi popular di media sosial dan dipanggil ke program 'Motif Viral'. Video rakaman Nija di 'Motif Viral' itu telah mencapat 3 juta tontonan sehingga tersenarai di no. 9 video paling trending di YouTube Malaysia tahun 2018.
 
 


3.       Adik Fattah Anas Yang Comel


Keletah comel seorang kanak-kanak yang berlagak seperti kucing dimasukan ke dalam sangkar oleh bapanya telah mencuit hati ramai netizen.Gelagat kanak-kanak berusia dua tahun bernama Anas itu dilihat sangat comel lebih-lebih lagi diusik oleh bapanya.Video itu telah tular dan mendapat perkongsian yang banyak di laman sosial kerana menghiburkan. Anas juga mula dikenali dan  popular sehingga sekarang.
 




4.       Jeng Jeng Jeng

Aksi tarian yang aneh seorang gadis sambil menyanyi 'jeng jeng ke jeng jeng jeng jeng' menerusi slot 'Selamat Pagi Malaysia' di saluran RTM1 telah mendapat perhatian ramai. Gadis itu dikenali sebagai ‘Gadis Jeng Jeng Jeng’ selepas rakaman video tariannya itu menjadi kontroversi serta tular di laman sosial.
Rata-rata memberikan pelbagai reaksi termasuk mengecam gadis tersebut dan ada juga yang menganggap ia melucukan.
Bagaimanapun, tarian dan persembahan itu sebenarnya merupakan salah satu promosi kepada sebuah tetater arahan pelakon hebat, Fauziah Nawi.



5.       Video Perkahwinan Paling Buruk

Setiap pasangan pengantin baru ingin memori indah dirakamkan bersama keluarga serta sahabat handai, tetapi lain pula yang terjadi kepada satu pasangan pengantin ini apabila video perkahwinan mereka tidak seperti apa yang diharapkan.
Suntingan luar biasa dan aneh video perkahwinan berdurasi 12 minit yang menggunakan animasi seperti peluru berpandu, telefon berputar, motosikal di atas bumbung menjadi bahan jenaka netizen.
Video itu telah tular dan mendapat banyak perkongsian di laman sosial media serta mendapat lebih 284,000 tontonan di YouTube.
 
      

6. Isteri Make-Up Suami


Video seorang isteri menyolek suaminya yang dalam masa yang sama dipakaikan tudung tular di laman sosial. Malah gelagat suaminya yang dipaksa solek itu bercakap dalak dialek Kelantan telah mencuit hati netizen.
Kelucuan suaminya yang tidak biasa dengan solekan itu menarik perhatian netizen sekaligus mencetus banyak perkongsian di media sosial.
 
 

7.       Kebaya Merah – Dukun

Video memaparkan rakaman kamera papan pemuka merakamkan kelibat perempuan berbaju kebaya merah muncul dan berjalan di empat lokasi berbeza dalam masa kurang seminit telah tular di media sosial serta mendapat perhatian ramai.
Penyebaran video kelibat hantu berkebaya merah itu mula kecoh dan menjadi perbualan ramai.
Namun selepas beberapa hari ia tular, kisah disebalik video itu terbongkar. Ia hanyalah gimik yang telah dirancang oleh pihak Astro Shaw untuk mempromosikan filem Dukun.
Dukun dibintangi oleh barisan pelakon seperti Datin Umie Aida, Namron, Faizal Hussien, Elyana, Adlin Aman Ramlie dan Bront Palarae.
 


8.       Maya Karin  Muntah Darah Di MeleTop

Insiden pelakon popular Maya Karin tiba-tiba muntah darah ketika menjadi tetamu dalam rancangan MeleTOP telah mengejutkan seluruh produksi dan penonton termasuk dua orang hosnya, Nabil Ahmad dan Neelofa.Tidak terhenti di situ, dua pelakon utama filem Munafik 2, Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan turut menggelabah dan tercengang.Maya kemudiannya bangun daripada tempat duduk sambil memanggil-manggil nama pengurusnya.
Situasi tegang itu bagaimanapun kembali reda apabila Maya kembali muncul ke pentas sambil ketawa. Video Maya muntah darah itu kemudian telah mula tular dan menerima banyak perkongsian di laman sosial serta menjadi trending di laman YouTube.
 
 

9.       Falling Stars Challenge

Cabaran dan trend yang menjadi ikutan ramai orang ini, memerlukan usaha yang lebih kerana mereka perlu memuat naik foto dalam pose unik dengan gaya tersungkur ke tanah di mana anda berada. Trend cukup pelik itu pertama kali muncul di Rusia, namun sudah merebak ke seluruh negara termasuk Malaysia. Ramai terutama ‘social influencer’ telah menyahut cabaran itu dan viral di laman sosial.

 
10.  Rendang Ayam Crispy

April lalu, kecoh di laman sosial apabila peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin disingkirkan dari rancangan realiti itu hanya kerana ayam rendang yang disediakannya tidak rangup. Komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode itu membuatkan netizen bengang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Netizen mempertikai dan tidak berpuas hati bagaimana masakan ayam rendang boleh mempunyai tekstur garing.Selepas hentaman diterimanya, komen balas dibuat John mengeruhkan keadaan apabila mengatakan masakan rendang berasal dari Indonesia dan gembira dengan keterujaan ditunjukkan seorang netizen. Chef terkenal Datuk Chef Wan berang dengan tindakan juri program masakan MasterChef UK, John Torode, yang bertindak memberikan komen sarkastik terhadap isu rendang ayam Zaleha.
 
 
 

Artikel Berkaitan