Penyanyi dan usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias terbabit dalam kemalangan jalan raya malam semalam hingga menyebabkan kereta mewah BMW i8 biru yang dipandunya remuk.

Rakaman video situasi mencemaskan itu turut dikongsikan Safiey menerusi Instastorynya semalam.

Malah, kejadian itu turut dikongsikan Safiey di laman sosial Instagramnya dan melihat musibah itu balasan Allah terhadapnya.

"Lain kali nak beli kereta baru jangan sebut depan kereta lama. Nanti dia merajuk.

"Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan. Ampunkan aku ya Allah," tulisnya.

Lain kali nk beli kete baru jgn sebut depan kereta lama . Nanti dia merajuk ??? Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong kemaluan . Ampunkan aku ya Allah ?? . . #Dsiempire #aurorasxpremium #syintagila #babiesglowskinworks #aurorasyintagilacoffee

A post shared by INCESS SYINTA™️ (@safieyillias94) on


Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kemalangan terbabit dan keadaan Safiey stabil.

Sementara itu, kapsyen pada entri tersebut telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen yang bertindak menasihatinya agar berubah.

Dalam entri terkini, Safiey memuat naik bayangan akan menggantikan kenderaannya yang kemalangan kepada sebuah Ferrari.

Mcm nak tuka je kuda berlari jadi kuda berdiri ??? . . #Dsiempire #aurorasxpremium #syintagila #babiesglowskinworks #aurorasyintagilacoffee

A post shared by INCESS SYINTA™️ (@safieyillias94) on