Kumpulan pelawak otai, Shiro terus meraih sambutan penonton dan komen positif juri pada saingan minggu kelapan Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

Ketua Juri, Douglas Lim berkata, persembahan Shiro kali ini mempunyai banyak mesej moral yang disampaikan pada penonton.

"Moral dan 'lesen' yang kamu buat dalam persembahan komedi boleh orang lain ambil, faham dan terima. 'Lesen' itu berharga dan tak lupa pasal komedi.

"Ia macam 'perkahwinan' yang sangat bagus untuk dibawa maju ke hadapan," katanya yang memberikan 5 'ha' pada kumpulan itu.

Begitu juga, juri Tya Arifin menyifatkan Shiro sebagai peserta yang pintar dari aspek cerita dan mengambil serius mengenai MLM 2018.

"Kalian pintar untuk membuatkan ia menjadi menarik dan penonton tidak bosan," katanya.

Remy Ishak pula berpandangan Shiro sudah mempunyai karakter tersendiri sebagai pelawak dan ia suatu yang bagus buat MLM 2018 yang turut mempunyai ramai penonton kecil dari luar bandar.

"Info ini sangat bagus bukan saja melawak tapi memberi pengajaran pada penonton," katanya.

Heyyy!!! Kalau korang dah join cabaran #duetmlm2018, pergi ke aplikasi TikTok sekarang untuk melihat jika korang berjaya menjadi pemenang hadiah bernilai RM 10 ribu tu!!!

Bukan tu je, jangan lupa undi sekali pelawak kegemaran korang di dalam aplikasi TikTok. Sekarang ni tiap-tiap minggu Tiktok hadiahkan sebuah motosikal, mungkin korang boleh bawak balik motor nanti!!!

Peminat dan penonton MLM 2018 boleh mengundi melalui aplikasi TikTok, platform video pendek utama di dunia. Aplikasi ini boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store, https://go.onelink.me/BAuo/mlm.

Sebaik sahaja TikTok dimuat turun, semua yang perlu anda lakukan ialah membuat akaun dengan menghubungkan mana-mana media sosial sedia ada kepada TikTok.

Peminat diberi 10 undi setiap hari bermula Sabtu hingga Khamis. Mereka boleh menghabiskan semua 10 undi kepada satu peserta atau menyebarkannya ke seluruh peserta yang mereka suka.

Eksklusif pada Jumaat, 50 undi diberikan dan sekali lagi mereka boleh membelanjakan semuanya kepada satu peserta atau membelanjakannya sebagai harapan mereka.

Pengundian dibuka sepanjang minggu hingga akhir pertunjukan. Namun, keputusan undian adalah tertakluk kepada terma dan syarat, www.maharajalawakmega.com.my.

Peminat dan penonton boleh mengundi peserta kegemaran anda pada setiap hari menerusi TikTok dan berpeluang memenangi sebuah motosikal pada setiap minggu.

Pemenang ini dipilih menerusi mereka yang mengundi pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu sebanyak 10 undian manakala 50 undian pada Jumaat.

Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak