Pelakon Cina Muslim, Adam Corrie Lee mendededahkan dia menjalani proses berkhatan ketika berusia 38 tahun, setahun sebelum memeluk Islam.

Menyedari kebaikan bersunat, Adam membuat keputusan untuk mengkhatankan anaknya Adam Fateh Lee yang baru berusia lima bulan.

Menurut Adam Corrie, anaknya menjalani proses itu dengan sangat baik.

“Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat... Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.

“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.

“Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.

“Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat.

“Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah,” tulisnya

Pelakon KL Gangster itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia telah memuat naik foto sebelum, semasa serta selepas keadaan anaknya ketika proses berkhatan itu dilakukan.

Rata-rata memuji bayinya yang kelihatan sangat baik dan tenang ketika proses itu dilakukan.
View this post on Instagram

Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat... Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat. . Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. . Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi. . Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat. . Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah. #adamcorrie #adamfatehlee #sunat #khatan #5monthsold

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on