Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neelofa berkongsi beberapa foto ketika berada di Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

Sekeping gambar Neelofa mengenakan niqab telah menarik perhatian netizen apabila mereka memuji kecantikannya dan meminta agar pelakon drama bersiri Red Velvet ini mengekalkan imej tersebut apabila kembali di Malaysia.

?

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


"Masya-Allah Cantiknya.

"Even prettier!

"Mudah-mudahan tutup terus balik Malaysia nanti.

"Tahniah Neelofa, teruskan begini, jangan hirau Makcik Bawang nak kata apa," tulis salah seorang pengguna.






Neelofa berada di tanah suci Mekah sejak seminggu lalu untuk menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya.