Pelakon Mona Allen mendedahkan dia mempunyai darah campuran yang dimiliki daripada datuk dan neneknya.

Selepas menerima banyak persoalan mengenai wajah pan asia yang dimilikinya, Mona memberitahu menerusi Instagram (IG) Story miliknya bahawa datuknya merupakan orang Inggeris berasal dari Scotland dan berkahwin dengan neneknya orang Melayu tempatan.

Selain itu, Mona memberitahu dia dilahirkan di Pulau Pinang hanya kerana ibunya terpaksa melahirkannya ketika sedang bercuti di negeri tersebut sedangkan dia membesar di Selangor.



Mona menjelaskan perkara itu di IG Story miliknya selepas ramai yang mempersoalkan keturunan serta agamanya.

Mona yang mula dikenali menerusi telenovela Monalisa itu baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim pada awal Disember lalu.