Pelakon Nadia Aqilah memperjelaskan dakwaan isu belum menerima bayaran daripada pihak teater Bangsawan Dendam Laksamana.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Nadia berharap segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

“Memang sepatutnya kami pergi siri jelajah, sesi latihan juga dah habis tetapi malangnya produser atau pihak pengurusan dilanda sedikit masalah.

“Bukan sedikit tetapi agak besar, saya tak boleh bayangkan apa yang mereka lalui kerana melibatkan ramai orang.

“Saya faham ramai yang kecewa, saya sendiri merasakan sukar untuk dibantu tetapi saya harap masalah ini dapat diselesaikan supaya tidak ada nama yang buruk.

“Orang yang kita nak bekerja itu bukan calang-calang, tidak ada orang jahat cuma situasi itu agak malang bagi pihak produksi.

“Saya tahu pihak pengurusan itu sendiri sangat bertungkus-lumus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi,” jelasnya.

Selain Nadia, pelakon lain yang turut membintangi teater berkenaan adalah Hairi Safwan, Jay Iswazir, Azizah Mahzan, Anwar Rusdini, Asmidar Ahmad dan Nasz Zally.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Foto: @missnadiaaqilah