Suatu ketika dulu, kelibatnya sebagai hero dalam filem sentiasa membuatkan ramai wanita 'cair' sehingga kini dia masih diminati ramai.

Aktor kacak, Azhar Sulaiman memuat naik status di media sosial baru-baru ini yang mengundang persoalan dalam kalangan netizen sama ada dia mengambil keputusan bersara dari lakonan.

"Farewell Azhar Sulaiman...," katanya menerusi Instagramnya, @azharsulaiman.

Farewell Azhar Sulaiman......

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on


Netizen dikenali sebagai @ain2274 mengakui masih meminati hero pujaan ramai itu yang mengingatkan terhadap lakonannya bersama Maria Farida menerusi filem Bisikan Cinta.

"Muka lejen muka poster kt dinding asrama baq anggg," kata @ravishingprincess.

Seorang lagi netizen @yumsss_bakery bertanya sama ada pelakon popular itu mengambil keputusan berhenti dari bidang lakonan dan memberi fokus pada kerjayanya sebagai arkitek.

Ramai netizen masih memuji wajah kacak Azhar ketika di puncak populariti masih sama sehingga kini.

Bagaimanapun, Azhar turut memberi penjelasan pada komen di statusnya itu.

"Selamat Tinggal Kepada Dunia Lama ku," katanya.

Azhar yang pernah mencipta fenomena menerusi filem hebat, Abang 92 arahan Datuk Rahim Razali turut memberitahu netizen mengenai cita-citanya suatu ketika dulu mahu menjadi orang kenamaan atau VIP.

"Masa kecik...saya berangan nak jadi VIP cam YB or Menteri2 yang datang Bentong dengan escort pokis bagai....tapi jadi artis akhirnya....hahahaha," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @azharsulaiman