Bintang antarabangsa, Miley Cyrus akhirnya mengesahkan perkahwinannya dengan kekasihnya yang juga pelakon kacak, Liam Hemsworth.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wrecking Ball itu menerusi akaun Insagram (IG) miliknya memuat naik fotonya bercumbu di acara perkahwinannya yang dikatakan berlangsung pada 23 Disember lalu.

This is probably our one - millionth kiss ....

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

12.23.18

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on

Menurut laporan BBC, upacara perkahwinan Miley dan Hemsworth berlangsung di kediaman lain milik aktres dan penyanyi itu di Franklin, Tennessee.

Difahamkan majlis kecil-kecilan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib.

Pasangan ini pernah bertunang pada 2012 namun terputus di tengah jalan memaksa mereka membawa haluan masing-masing setahun kemudian.

Pada 2015, mereka kembali bersama dan mengumumkan bertunang sekali lagi tidak lama selepas itu.