Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa akui mula berkenalan dengan kekasihnya selepas setahun jejaka tersebut berusaha menegurnya menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).
Joy yang juga pengusaha kosmetik itu berkata kekasihnya yang dikenali sebagai Faiz, tidak pernah jemu malah bersabar menunggu sehingga mesejnya dibalas di IG.
“Selepas setahun baru saya ‘nampak’ & balas message dia setiap hari duk tegur dlm DM Instagram ni.. bersabar betul awk ni tunggu sampai saya reply patut la org kata : barangsiapa yang bersabar, maka dia akan beruntung.. @revfaiz #mymrright #mrmango#mrharummanis #insyallah ,” tulisnya.
Joy yang merupaksn ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu berkongsi perkara tersebut di IG miliknya.
Bersama entri tersebut, Joy turut memuat naik fotonya bersama kekasihnya itu.
Joy dilaporkan baru menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu beberapa bulan lalu.
Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.
Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.
Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di