Selebriti popular, Alif Satar akui pengalaman ketika pertama kali menyertai teater muzikal pada tahun 2004 adalah pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Alif berkongsi pengalaman apabila diujibakat oleh mat saleh yang berasal dari London untuk penyertaannya dalam teater Peter Pan The Musical.

Menurut Alif, dia berasa amat gementar ketika itu, namun menerima sokongan ramai termasuk daripada penyanyi Ning Baizura.

"Old but gold, ini tahun 2004, pengalaman pertama yang saya tak dapat lupakan adalah teater muzikal pertama yang saya sertai iatu Peter Pan The Musical.

"Ketika itu, kena ujibakat depan mat salleh dari london, memang sangat nervous,seramai 20 orang tempatan terpilih untuk menyertainya.

"Ramai juga yang datang beri sokongan termasuklah Ning Baizura, lagu Awan Yang Terpilu Memang tengah top ketika itu," tulisnya.

Perkongsian itu dimuat naik Alif menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menerusi entri tersebut, Alif turut memuat naik fotonya yang masih kecil bergambar bersama Ning Baizura.

OLD BUT GOLD.☺️ ni tahun 2004.. pengalaman pertama yang Alif tak akan lupa, my first ever musical theatre, it was ‘Peter Pan The Musical’ with West End London Production. masa ni kena audition depan mat salleh london semua, nervous gila baby? but 20 local boys managed to get the part to play ‘the lost boys’. It was held in Genting for a month (cikgu sekolah bagi cuti sebulan).. jadi ramai la yang datang show support, termasuk la the one and only.. @ningdalton ? masa ni lagu ‘Awan yang terpilu’ tengah top gila? thanks mom for digging this up? p/s you guys remember this? @adamjo91 @elyssajohari

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Alif telah memberikan respon positif dan bergurau tentang saiz badannya ketika itu.

Tidak ketinggalan juga beberapa rakan artis seperti Sharifah Shahirah, Sharol Shiro dan Datin Nina Juren yang turut meninggalkan komen.





Alif mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan.