Penyampai radio Era, Danial Zaini meluahkan rasa kecewa kepada seseorang yang diberi bayangan sebagai kekasihnya.

Danial yang juga juara Lawak Solo musim pertama itu mendedahkan perkenalannya dengan kekasihnya sudah bertahun lamanya.

Namun ia terhenti di tengah jalan apabila mendapat tahu kekasihnya bertunang dengan orang lain.

Danial tidak menyangka begitu mudah kekasihnya berpaling arah selepas mereka pernah bersama dalam susah dan senang.

Meskipun kecewa, namun Danial tetap percaya apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pelawak itu berkongsi luahan tersebut menerusi Instagram (IG) story miliknya.












Bagaimanapun, sebelum ini Danial tidak pernah mendedahkan hubungannya dengan mana-mana wanita