Pelakon Faye Kusairi menyelar tindakan netizen yang suka membuat andaian negatif tentang hubungannya bersama anak tirinya serta bekas isteri kepada suaminya, pengarah Azmi Hatta.

Menurut Faye, hubungannya dengan bekas isteri Azmi, yang dikenali sebagai Kak Yanti serta dua anak tirinya, Azim, 18 dan Aqif, 17 tahun adalah rapat.

Buktinya, Faye mendedahkan sebuah foto Kak Yanti bersama anak tirinya bergambar mesra dengan anaknya, Alif menerusi akaun Instagram (IG) milikya.

Bagi yang dok busy body sangat tanya Alif ni takde bergambar dengan adik beradik dia ke tak tu, ni ha. Sis repost lah gambar throwback Alif 3 hari selepas kelahiran dia yg diambil di runah ibu bapa saya.
“Malah, Kak Yanti (ibu kepada anak anak tiri saya) & abang abang Alif yg hemsem ni tunggu saya diluar labor room bersama keluarga saya menunggu nak menyambut kelahiran Alif. Dan, saya memang sangat akrab dengan Kak yanti.
“Malah, Kak Yanti juga in very very well terms with my husband's family. Jadi acik acik bawang, dah takyah kot nak cuba jual bawang hangit kat ig saya. Jangan usik my immediate and extended family as well.
“Go membawang else where. You're not welcome here. I dont need to justify anything tapi sebab korang annoying sangat, I layan gak la skali skala. Apadahal..... huhu,”tulisnya.

Faye berkongsi perkara tersebut di IGnya.

Faye dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Alif Azmi yang dilahirkan pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Terdahulu, Azmi pernah berkahwin dengan pelakon Elly Mazlein pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Bagi yang dok busy body sangat tanya Alif ni takde bergambar dengan adik beradik dia ke tak tu, ni ha. Sis repost lah gambar throwback Alif 3 hari selepas kelahiran dia yg diambil di runah ibu bapa saya. Malah, Kak Yanti (ibu kepada anak anak tiri saya) & abang abang Alif yg hemsem ni tunggu saya diluar labor room bersama keluarga saya menunggu nak menyambut kelahiran Alif. Dan, saya memang sangat akrab dengan Kak yanti. Malah, Kak Yanti juga in very very well terms with my husband's family. Jadi acik acik bawang, dah takyah kot nak cuba jual bawang hangit kat ig saya. Jangan usik my immediate and extended family as well. Go membawang else where. You're not welcome here. I dont need to justify anything tapi sebab korang annoying sangat, I layan gak la skali skala. Apadahal..... huhu. ??????

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on