Penyanyi Yuna memohon maaf kepada seorang remaja yang menegur cara pemakaiannya di akaun Instagram.

Permohonon maaf tersebut itu telah ditulis sendiri oleh Yuna menerusi ruangan komen di akaun facebook remaja berkenaan yang menggunakan nama @xxsjune.

“Salam adik, I’m so sorry this became viral. Just know that I care and kak Yuna tak berniat nak jadikan ni isu besar. I love you and I hope you’ll become a successful person. Good luck with everything sayang. Remember to be best person you can be and the best kind of person does not say anything bad about other people,” tulisnya.

Remaja tersebut kemudiannya membalas kembali komen Yuna dan dia juga memohon maaf di atas perkara yang telah berlaku.

“@yunamusic takpelah, benda dah jadi pun… Saya minta maaf sekali lagi,” tulisnya.

Terdahulu, isu tersebut bermula selepas seorang remaja memberikan komen dengan menasihatinya supaya memperbaiki cara pemakaian selepas penyanyi itu memuatnaik satu foto yang menampakkan bahagian buku lalinya pada 12 April lalu.

“Perbaiki cara kamu berpakaian ye kak,” komennya.

Yuna yang agak terkesan dengan penulisan tersebut kemudiannya telah membalas komen itu dengan nada sinis:



Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila teguran tersebut menjadi viral.

Lebih mengejutkan, ramai pengikut Instagram tidak bersetuju dengan komen diberikan oleh Yuna dan beranggapan sebagai seorang penyanyi yang sudah menempa nama di luar negara, sikap yang ditunjukkan itu amatlah kebudak-budakkan dan tidak matang.