Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.

Kata Awie, sebelum dikejarkan ke hospital, dia terlebih dahulu berehat di kediamannya selama tiga hari sejak seminggu lalu.

"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la.

"Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni," katanya memetik laporan Astro Awani.

Pada Isnin, Datuk Awie menerusi instagramnya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang.

Tambahnya, beliau memerlukan rehat pada ketika ini.