Juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin tidak terkesan andai lagu barunya, Adam & Hawa tidak diputarkan di radio.

Kata Mila, itu bukanlah matlamat utama sebaliknya mahu lagu yang diciptakan buat suaminya, Isz Mustapha difahami oleh wanita lain yang bergelar isteri.

"Saya tak kisah pun radio nak main atau tak lagu ni...sebab apa? Sebab itu bukan matlamat utama saya.

"Lagu Adam & Hawa ini sangat istimewa bagi saya kerana saya produce untuk suami @isz_mustapha dan untuk isteri-isteri lain di luar sana agar mereka dapat dedikasikan buat suami tercinta mereka.

"Selami liriknya, para suami akan mengerti maksudnya, sebab tu jika bukan rezeki saya untuk lagu ini nak ke udara di radio, tak apa, YouTube kan ada," kata Mila.

Mila dalam masa sama menerusi Instagramnya berkongsi sepotong muzik video lagu Adam & Hawa yang turut mendapat pujian daripada peminat setianya.

Seru Mila agar wanita yang bergelar isteri berkongsi lagu berkenaan buat suami tercinta.

"Jadi para isteri sekalian, sebelum tidur, cuba click link di profile atau search "ADAM & HAWA - MILA JIRIN di YouTube lepas tu jangan lupa share pada En Suami di Whatsapp atau Facebook ok, alaaa sweetnya!

"Untuk bakal suami isteri, why not, send la," tambahnya.

Saya TAK KISAH pun RADIO nak main atau tak lagu ni...sebab apa?? Sebab itu bukan MATLAMAT utama saya. . . Lagu Adam & Hawa ini sangat ISTIMEWA bagi saya kerana saya produce untuk suami @isz_mustapha ...dan untuk isteri isteri lain diluar sana agar mereka dapat dedikasikan buat suami tercinta mereka...SELAMI LIRIKNYA, para suami akan mengerti maksudnya... sebab tu ....Jika bukan REZEKI saya untuk lagu ini nak keudara di radio, tak apa, YOUTUBE kan ada ?.... . . Jadi para para isteri sekalian, sebelum tidur, cuba click link di Profile atau SEARCH "ADAM & HAWA - MILA JIRIN di #Youtube lepas tu jangan lupa share pada En Suami di WHATSAPP / FACEBOOK ok..alaaa SWEETTT nya .... . . (Untuk bakal suami isteri??? Ala why not...send la...) . . Ok, jom zzzzzzz

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on


Lagu Adam & Hawa dicipta sepenuhnya oleh Sigit Baskara dan telah dimuat naik di YouTube sejak tujuh bulan lalu.

Sehingga kini, muzik video lagu itu mendapat lebih 13,000 tontonan di YouTube.