Bagi mengubati kekecewaan peminat, BLACKPINK mengumumkan untuk menambah sehari lagi konsert ‘BLACKPINK 2019 World Tour ( In Your Area )’ di Malaysia.

Disebabkan penjualan tiket yang dilancarkan pada 12 Disember telah habis dijual dalam masa dua hari, pihak penganjur MacpiePro membuat keputusan untuk melanjutkan sehari lagi konsert BLACKPINK bertarikh 24 Februari depan.

Tiket akan dijual dengan harga yang sama iaitu RM273 (zon biru), RM373 (zon hijau), RM483 (zon ungu), RM573 (zon kuning), RM673 (zon merah) dan RM693 (zon Blink).

MacpiePro akan mula membuka tiket jualan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember, jam 12.00tengahari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery.

Selain itu, tiket-tiket juga boley dibeli di kedai gaya hidup digital Mcalls bertempat di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Manakala jualan tiket atas talian di laman web rasmi MacpiePro (www.mccpiepro.com) akan dibuka pada 31 Disember 2018 tepat jam 12.00 tengahari.

Konsert BLACKPINK 2019 World Tour ( In Your Area ) akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 dan 24 Febuari 2019 bermula jam 6 petang.