Syafiq Yusof antara pengarah muda berbakat besar yang mewarisi semangat bapanya untuk menghasilkan filem yang bermutu taraf pecah panggung. Dia sebelum ini membuktikan filem arahannya tidak mengecewakan dari aspek sambutan penonton seperti Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada tahun lalu meraih kutipan RM18.15 juta. Begitu juga filemnya berjudul Desolasi yang pernah menemui penonton dua tahun lalu turut menerima respons yang positif. Berkongsi pengalamannya bersama penonton dalam program Bicara Filem - Siri Pengarah di Kuala Lumpur Film School (KLFS) baru-baru ini, filemnya Desolusi menjadi subjek perbincangan tetamu yang hadir. Pengarah filem terkenal, U-wei Saari memuji filem Desolasi sebagai sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton. "Filem ini contoh baik filem dalam 'tradition' filem Melayu diberi nafas & nuansa kontemporari dengan hasil yang menarik & segar. "Menangani keislaman dari isu keinsafan dalam kisah cerita yang jelas tanpa kutbah2 mual. Syabas Syafiq," katanya menerusi status di Instagramnya, @uweibin, hari ini. View this post on Instagram Bersama di program Bicara Filem -Siri pengarah di KLFS kali ini ialah pengarah prolifik muda berbakat besar Syafiq Yusoff dengan tayangan terkininya 'Desolasi'. Filem Ini contoh baik filem dalam tradition Filem melayu diberi nafas & nuansa kontemporari dengan hasil yang menarik & segar. Menangani keislaman dari isu keinsafan dalam kisah cerita yang jelas tanpa kutbah2 mual. Syabas Syafiq. Jelas juga Syafiq adalah pengarah baru yang harus diperhatikan & diikuti perkembangan. Syafiq sekarang dalam prosess pos produksi filem barunya bertajuk 'Misteri Delilah'. Salam suksess. A post shared by U-Wei Bin HajiSaari (@uweibin) on Dec 23, 2018 at 8:18pm PST Pengarah filem Hanyut itu juga menyatakan hasil kerja Syafiq sebagai pengarah baru harus diberi perhatian dan sambil mengikuti perkembangan anak muda itu. Difahamkan, Syafiq kini dalam prosess pascaproduksi filem barunya berjudul Misteri Delilah yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Teks oleh: Elrafaei Sapi
"Muka Arwah Atuk Cop Ke Muka Bro" - Netizen Samakan Wajah Amy Search Dengan Arwah Datuknya 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 38,213
"Dah Nak Masuk 3 Bulan, Sekali Masa Check Up Hari Tu Doktor Bagitau Adik Eya Tak Bergerak Lagi" - Jep Sepahtu 28,497
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 25,645
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 18,466