Mungkin ramai yang belum tahu bahawa e-sukan merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Kementerian Belia dan Sukan kini melihat potensi menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan di Asia dengan arena yang lengkap dan promosi yang meluas.

Lebih membanggakan, U Mobile sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia ingin mempopularkan e-sukan dan seterusnya menjadi pelopor kepada industri e-sukan yang bernilai ratusan juta ringgit ini.

U Mobile menyediakan pelbagai platform termasuk permainan dalam talian, tambahan produk, tawaran yang menarik, termasuklah dalam bentuk tajaan. U Mobile telah memperkenalkan Game-Onz, pelan pertama dengan data tanpa had untuk permainan video dalam talian.

Selain itu, U Mobile turut memberikan kemudahan Pembayaran Terus Bil dengan melancarkan pembelian Kod Steam, MOL Points, Bayaran Bil Google dan Bayaran Bil iTunes untuk memudahkan pembelian pelbagai video dalam talian.

Liga e-sukan Malaysia (MESL) merupakan liga e-sukan pertama ditaja oleh U Mobile dan menjadi platform penting dalam mencungkil bakat pemain e-sukan negara.

U Mobile turut menganjurkan kejohanan Mobile Legends yang melibatkan penyertaan daripada 18 buah universiti terkemuka untuk pemain menunjukkan kehebatan bakat mereka dalam industri e-sukan yang sedang pesat berkembang ini.

Lebih hebat lagi, U Mobile turut menaja Kejohanan Dota 2 “The KL Major” yang pertama kali diadakan di Malaysia, yang melibatkan 16 pasukan terbaik dunia untuk merebut hadiah bernilai USD1 juta.

U Mobile ingin terus mempromosikan e-sukan di Malaysia terutamanya melalui platform permainan video dalam talian. Permainan ini semakin berkembang pesat di Malaysia dan menjadikan penglibatan U Mobile lebih relevan dalam menawarkan produk-produk serta acara-acara hebat.

Pelbagai perancangan yang lebih hebat menanti pengguna U Mobile pada tahun 2019 dan seterusnya. Pelan U Mobile seperti Pascabayar Giler Unlimited GX50 membolehkan anda menikmati data tanpa had untuk segalanya dengan hanya RM50 sebulan sahaja.

Langgan U Mobile sekarang dan nikmati data tanpa had 24 jam sehari tanpa sebarang caj tambahan. Info lanjut di u.my/GX50