Pelakon Fasha Sandha, 34, aku pengalaman bertunang pertama kali adalah sesuatu yang indah pernah dilaluinya.

Menurut Fasha dia dan tunang Aidil Aziz, 31, melalui fasa tersebut dengan baik setakat ini.

Keseronokkan berada di dalam fasa tersebut membuatkan dia seperti ingin mahu bertunang selama tiga tahun.

“Encik Tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama i bertunang.

“Hmmm alam pertunangan ni best jugak sbnaqnya, sbb orang kata alam pertunangan ni menguji menguji... tapi Alhamdulillah setakat ni, baik2 aja...

“Kalau nak bertunang 3 tahun rasa2 ok ke? Sbb kawan kami ada yang bertunang 9 tahun
Btw ,... jambang and kening ni filter ja tau... bukan betui2,” tulisnya.

Fasha berkongsi pengalaman tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik video guraunnya bersama Aidil.

Rata-rata menyifatkan mereka pasangan yang secocok dan sweet.

Fasha dan Aidil bertunang dalam satu majlis yang ringkas dan meriah pada 18 November lalu.

Fasha pernah berkahwin dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 namun ia berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun.

Encik Tunang yang selalu melayan kegilaan tunang dia ni. Saja nak kongsi pengalaman, memandangkan ini kali pertama i bertunang, Hmmm alam pertunangan ni best jugak sbnaqnya, sbb orang kata alam pertunangan ni menguji menguji... tapi Alhamdulillah setakat ni, baik2 aja... kalau nak bertunang 3 tahun rasa2 ok ke? Sbb kawan kami ada yang bertunang 9 tahun ? Btw ,... jambang and kening ni filter ja tau... bukan betui2 ? . . . @itsaidilaziz

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on