TUTUP

Tahniah! Raja Ilya Jadi Isteri Usahawan Kelahiran Australia

Hiburan
Tahniah! Raja Ilya Jadi Isteri Usahawan Kelahiran Australia
Pelakon Raja Ilya mengumumkan bakal berkahwin dengan usahawan kelahiran Australia yang diperkenalkan sebagai TWG.

Berita gembira itu dikongsi Ilya menerusi rakaman video di akaun Instagram (IG)nya semalam.

Ilya menerangkan kepada pengikutnya bahawa jemputan untuk majlis perkahwinannya hanya buat keluarga rapat sahaja.

Ilya juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana mendoakan untuk kebahagiaanya.

Pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu turut menunjukkan lokasi majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

"This is truly a dream come true, 7hrs Ill be marrying the man who my soul loves, as you know life has not been easy for me, experiencing many challenges over the years.

"But today I thank God that dreams do come true, I found the man who loves me for who I am.

"I am so overwhelmed with excitement and my heart full with joy.

"Thank you for all your prayers, support, encouragement in recent times.

"I am looking forward to sharing our special moments with you guys," tulis Ilya.

Kapsyen tersebut diletakkan bersama hashtag #wedding #rajailya #twg #perth #australia.
 

Gempak difahamkan pelakon itu telah selamat bernikah pada petang semalam (Ahad).

Menerusi ruangan komen rakan artis dan peminat turut menyampaikan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan Ilya dan suami.


Ilya dan pasangannya telah berkenalan selama enam tahun sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Baca: Bakal Berkahwin November Tahun Hadapan, Jejaka Mat Saleh Pilihan Raja Ilya

 

Artikel Berkaitan