Pelakon Maya Karin berhadapan dengan detik cemas apabila pakaiannya terbakar selepas disambar api lilin hiasan di dalam sebuah bilik persalinan.

Maya hanya menyedari pakaianya itu terbakar selepas kembali ke bilik tersebut untuk menukar bajunya ketika bertugas sebagai pengacara majlis baru-baru ini.

“Sekali tu I buat job mc. Pas tu kena quickly tukar baju dekat changing room sementara yang organizer cuba buat secantiknye. Dia letak la bunga dan lilin.

“Bila habis kerja nak change baju balik macam ni la keadaannye... Lesson learnt, jangan campak baju dekat lilin!,”
tulisnya.

Maya berkongsi kejadian cemas tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi foto yang dikongsikan Bersama, kelihatan seluar Maya telah terbakar hampir kesemuanya.

Foto tersebut mendapat perhatian pengikut IGnya yang menganggap ia agak lucu dan sekaligus bersimpati dengan nasibnya.

Sekali tu i buat job mc. Pas tu kena quickly tukar baju dekat changing room sementara yang organizer cuba buat secantiknye. Dia letak la bunga dan lilin. Bila habis kerja nak change baju balik macam ni la keadaannye... ? Lesson learnt, jangan campak baju dekat lilin! #adventuresofmylife #jambanterbaqak

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on