Isu antara penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat bersama sebuah label fesyen tercetus beberapa hari sebelum pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Temberang.

Label fesyen terbabit mendakwa, pelakon drama bersiri MAID ini tidak memberikan kredit kepada busana rekaan mereka yang digunakan Ayda sebagai foto poster single Temberang.

? Tepi sikit. Adik nak tumpang lalu.. Hihi! Okay berani tag orang yang kaki #Temberang dekat bawah? I wanna know. ? . Official Music Video Premiere • 21st December 2018 • 8PM . ? Outfits @bybriankhoo ? Stylist @abushaefhamza ? Hairstylist @codychua ? MUA @ynasakinah ? Nails @gbeauty.my ? Set @lensworks_production ? Video Editor @rockinstudio . #AydaJebat #Temberang #TemberangAydaJebat #TemberangFever #AJscreamer #XenoMusic #XenoRocks #WatchMe #KeepYourEyesOnMe #YouPwincessIsBack #BaruSikitLekLu

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on



Ditemui di majlis pelancaran single terbabit, Ayda menjawab persoalan yang diajukan dengan tenang.

"Sepatutnya, hal ini tidak harus terjadi beberapa hari sebelum saya melancarkan single Temberang.

"Segala perihal mengenai busana diuruskan oleh penata gaya. Ketika itu, saya memuat naik poster 'teaser' di laman Instagram dan kredit memang tidak akan diletakkan untuk promosi awal.

"Bukan sahaja kredit untuk busana, kredit untuk tenaga produksi atau jurugambar juga tidak saya nyatakan di poster teaser itu.

"Penata gaya juga telah memaklumkan kepada label fesyen mengenai hal terbabit. Saya akan memberikan kredit kepada mereka yang terlibat di entri Instagram yang seterusnya," kata Ayda.

? Here we go! This is the right time to reveal! Nah! BTS, poster photoshoot. Slowly but surely.. Kita unlock next teaser kalau #temberang trending macam semalam! ? . ? Stylist @abushaefhamza ? Beautiful Blue Dress @sethandluna_studio ? Earings @scha_fadly ? Hairstylist @codychua ? MUA @ynasakinah ? Nails @gbeauty.my ? Video Editor @rockinstudio ? Team @lensworks_studio . #AydaJebat #Temberang #TemberangFever #TemberangAydaJebat #XenoRocks #XenoMusic #AJscreamer #SabarAbangAdikHakak #BanyakLagiLekLu

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


Terkejut dengan tindakan label fesyen terbabit, Ayda enggan bekerjasama dengan mereka di masa akan datang.

"Saya terkejut apabila label fesyen terbabit terus berkongsi rasa ketidakpuasan hati mereka di laman sosial sedangkan semuanya sudah dijelaskan oleh penata gaya.

"Sejujurnya, saya sukakan rekaan mereka dan pernah melihat busana yang dihasilkan di laman Instagram mereka.

? Your pwincess is back! Nah! Buat si kaki temberang. Hambik! Official Music Video Temberang on Youtube pukul 9 malam ni! Kejap je lagi! Ready?? Yang love teruk comment ‘♥️’ banyak kat bawah! Cepat! ? . Click link on my profile to watch! NOW! . Music Video Temberang Director : Ayda Jebat, Brian Fang & Aaron Lee Production : Lensworks Production MV Editor : Shu Xuan Produce : Xeno Entertaiment Powered by Hotlink, Mudah.My & Gintell . Temberang by Ayda Jebat, Hael Husaini & Ezra Kong. . #AydaJebat #Temberang #TemberangFever #TemberangAydaJebat #AduhAduhAbang #AJscreamer #XenoMusic #Xenorocks #JanganKauTemberang #NoDramaNoPropa

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


"Boleh sahaja saya menjawab isu ini menerusi laman sosial saya selepas mereka meluahkan rasa tidak puas hati tempoh hari, tetapi itu bukan cara saya.

"Label fesyen terbabit kreatif dan mempunyai citarasa tersendiri tetapi selepas hal ini terjadi, ia membuatkan saya akan menolak untuk bekerjasama dengan mereka di masa akan datang," katanya lagi.

Mengulas mengenai single Temberang, Ayda berharap buah tangan terbarunya mendapat sambutan peminat.

"Saya kembali dengan Temberang yang mempertaruhkan irama pop yang mempunyai unsur dangdut dan muzik timur tengah. Ini merupakan kolaborasi antara saya, Hael Husaini dan Ezra Kong.


"Alhamdulillah, selepas setahun lebih menanti, akhirnya lagu ini menemui peminat. Saya harap Temberang dapat mengubat kerinduan semua peminat yang gemarkan saya membawakan muzik sebegini," kata Ayda.

Muzik video single Temberang boleh ditonton di laman YouTube Ayda Jebat sekarang dan bakal menemui peminat di semua pelantar digital bermula 29 Disember ini.