Pelakon Fattah Amin satu-satunya jejaka dari Malaysia yang berjaya menduduki tangga 100 lelaki paling seksi sepanjang tahun 2018.

Berada di kedudukan ke-76, Fattah antara lain menumpaskan beberapa wajah lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

Perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah menerusi akaun Instagramnya dan isteri, Nur Fazura malam tadi.

Senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu dikeluarkan oleh sebuah laman web starmometer berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Senarai 100 lelaki paling seksi dunia 2018 itu mengangkat anggota kumpulan BTS dari Korea Selatan, Jungkook sebagai lelaki paling seksi tahun ini.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun.

Manakala, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim berada di kedudukan ke-30 dalam senarai itu.