Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi kisah sepanjang berada di kem pelarian di Lubnan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noh menjelaskan halangan yang dihadapi olehnya sepanjang berada di sana tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi senyuman kepada masyarakat di Lubnan.

"Minyak dan roti je pun. Tapi betapa pentingnya dua benda yang korang bagi kat mereka kat sini Tuhan je tau.

"Thank you so much buat semua yang telah memberi, donator-donator yang sangat pemurah.

"The whole day yesterday was pretty much fun melihat warga kem pelarian disini senyum, sempat melawat rumah-rumah dan bermain dengan anak-anak mereka.

Minyak dan roti je pun. Tapi betapa pentingnya 2 benda yang korang bagi kat mereka kat sini Tuhan je tau. Thankyou so much buat semua yang telah memberi, donator2 yang sangat pemurah. The whole day yesterday was pretty much fun melihat warga kem pelarian disini senyum, sempat melawat rumah2 dan bermain dgn anak2 mereka. Sejuk tu kira blakang. Hidung sumbat sebelah ?? . . Nikmat menyampaikan amanah anda semua tu cukup memberi kesedaran bahwa kita di Malaysia tu terdiri dari orang2 yang pemurah penyayang. ❤?? . . .@Regran_ed from @cintasyriamalaysia - Team misi selamat tiba di bumi Lubnan semalam, alhamdulillah. Namun, masalah internet yang terbatas di sini menyebabkan kemaskini gambar dan video agak lambat dikeluarkan dan diberikan kepada kalian. Misi di Lubnan ini agak istimewa kerana kesemua daripada team kami bermalam di kem bersama 340 buah keluarga pelarian Syria yang lain. Ia memang pengalaman yang amat bermakna buat kami. Terasa seperti ada keluarga besar di sini. Kami sudah selesai mengagihkan 20 liter diesel kepada setiap keluarga di kem ini. Diesel berkenaan akan digunakan untuk membolehkan pemanas mereka berfungsi di dalam musim sejuk sekarang. Juga 1,000 set roti untuk mereka mengalas perut seisi keluarga. Dan suka untuk kami katakan, bahawa semua ini adalah hasil sumbangan kalian kepada kami! Alhamdulillah! #wintermissioncsm #cintasyriamalaysia - #regrann . ? oleh @cikguahmad @cintasyriamalaysia @urda.ngo #WinterMissionCSM

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on


"Sejuk tu kira belakang. Hidung sumbat sebelah. Nikmat menyampaikan amanah anda semua tu cukup memberi kesedaran bahwa kita di Malaysia tu terdiri dari orang-orang yang pemurah penyayang," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan keselamatan dan kesihatan Noh serta semua yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Lubnan.