Penyanyi rap, penulis lagu dan produser, Altimet memohon maaf kepada semua pihak sepanjang berada dalam industri muzik tanah air selama ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Altimet menjelaskan dia akan mengeluarkan album terakhirnya pada hari ini yang akan menceritakan tentang pejalanan kariernya selama 20 tahun berada dalam industri.

"Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5.

"Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama-sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana-mana la.

Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana2la. Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku utk hiburkan diri atau orang lain. Terima kasih semua yang berbual pasal lagu2 aku samada secara positif atau negatif. Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni. Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu2 aku. Kalau ada yang jahil tu, paham2 ah aku bukan mcm tu lagi, dulu2 dah habis. ??

A post shared by Altimet (@altimet) on


"Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku untuk hiburkan diri atau orang lain. Terima kasih semua yang berbual pasal lagu-lagu aku sama ada secara positif atau negatif.

"Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni.

"Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu-dulu aku. Kalau ada yang jahil tu, paham-paham ah aku bukan macam tu lagi, dulu-dulu dah habis," tulisnya.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Altimet kerana berjaya menghasilkan album terakhir ini dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sementara itu, Altimet akan mengakan Konsert The Last Altimet Show yang akan berlangsung pada 16 Februari 2019 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Konsert itu bakal menyaksikan persembahan terakhir Altimet sebagai seorang penyanyi.

Bagaimanapun, Altimet akan terus melakukan kerja-kerja seni terutamanya belakang tabir selain terlibat dalam bidang yang bukan nyanyian.