Penyanyi Soo Wincci mendedahkan dia pernah mempunyai fizikal yang gemuk ketika kecil.

Bukan sahaja itu, Wincci memberitahu dia juga seorang yang mempunyai masalah dalam pelajaran serta sering diejek rakan-rakannya di sekolah.

Namun ejekan itu telah memberi semangat untuk dia mengubah diri dan hidupnya supaya berjaya seperti gadis lain.

“Dulu masih kecil Wincci ada masalah dengan belajar dan merupakan gadis yg paling gemuk di kelas, sentiasa diejek..

“Tapi Wincci tak nak sebegitu seumur hidup jadi Wincci mula berkerja keras dan mengejar impian sendiri !

“Wincci pasti anda semua akan lebih berjaya drp gadis yg gemuk ni kan !” Tulisnya.

Wincci berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam entri yang sama Wincci turut memuat naik fotonya sewaktu kecil berbadan gemuk.

Perkongsian tersebut telah memberi inspirasi kepada pengikutnya yang rata-rata kagum dengan semangat penyanyi tersebut.

When I was young I suffered learning difficulties and also I was the biggest girl in class, I was often being bullied and being nicknamed as the Godzilla, I didn't wanted to give in to my fate hence I decided to work hard and change my destiny! I know u all out there can do better than this fat Godzilla Girl! Keep going u all don't give up ur dreams ! 小时候的我有学习困难还有我是班上最胖的女生,每一天都是被人欺负,自己不想一辈子这样所以就决定努力改变自己为自己的梦想努力前进!我相信你们可以比这位恐龙妹做得更好!我们一起努力创造梦想吧! Dulu masih kecil Wincci ada masalah dengan belajar dan merupakan gadis yg paling gemuk di kelas, sentiasa diejek, tapi Wincci tak nak sebegitu seumur hidup jadi Wincci mula berkerja keras dan mengejar impian sendiri ! Wincci pasti anda semua akan lebih berjaya drp gadis yg gemuk ni kan ! #InwinccibleJourney #Inwinccible #lifeJourney #LifeStories #Life #stories

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on