Pelakon dan pengacara Zulin Aziz berkongsi beberapa tips yang berguna untuk meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan kekasih.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Zulin, dia percaya suatu hari nanti akan digantikan dengan seorang insan yang lebih baik.

Zulin mengingatkan kepada pengikutnya supaya pintu hati sentiasa dibuka walaupun sedang berada dalam keadaan kecewa.

Di samping itu, Zulin juga berpesan supaya berdoa, bertawakal, berserah serta kuatkan iman kerana apabila sampai masanya akan ditemukan dengan seorang lelaki yang baik.

100 kali tutup pintu bukak pintu tutup balik org ketuk org tutup sampailah waktu yg tepat kau xyah bukak pintu ..org tu bukak sendiri sbb dia dah ada kunci .#jodoh sabar dan terus berdoa pada Allah sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.Sekian dari ustazah zulin ?❤️

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


Rata-rata peminat memuji kekuatan yang ada pada dirinya serta mendoakan agar Zulin berjumpa dan berjodoh dengan lelaki yang baik.

Pada awal bulan Oktober lalu, Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengah jalan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Zulin, Cekelat Honey sedang hangat ditayangkan di kaca televisyen.

Selain Zulin, drama arahan Hadith Omar itu membariskan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim, Zarul Husin, Nonny Nadirah, Dafi, Syura Badron dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Cekelat Honey setiap Selasa hingga Khamis, jam 9 malam hanya di Astro Citra (131) dan Citra HD (126).

Gunakan hashtag #CekelatHoney di laman sosial untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini.