Pelakon jelita, Nur Fazura sedia membantu tunang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Nurul Najihah Mohd Radzi.

Terkesan dan turut bersedih dengan pemergian Muhammad Adib, bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini mengutuskan salam takziah menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini.

"Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama.

"Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini. Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji.

"Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini. Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini. Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji. Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua. Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi. Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen. ? (Photo credit to owner).

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on


"Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi.

"Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik.

"Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen," tulis isteri kepada pelakon Fattah Amin ini.

Hujung minggu ini sepatutnya berlangsung majlis perkahwinan Muhammad Adib dan Nurul Najihah.

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, bulan lalu disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam, di Institut Jantung Negara (IJN), kelmarin.