Penyanyi Noh Salleh akui reda dengan ketentuan Allah apabila ditakdirkan dia dan isterinya, Mizz Nina belum dikurniakan anak.

Menurut vokalis kumpulan Hujan itu, dia tetap bersyukur kerana banyak sudah nikmat dari Maha Esa dikecapinya bersama isteri.

“Apa lagi nikmat dunia yang Tuhan tak bagi lagi?

“Kalau nak cerita soal anak, itu keputusan Allah. Kalau nikmat ada anak tu milik kami nanti2 lah Dia bagi. Tapi kalau dah memang bukan takdir untuk kami menikmatnya, kami still bersyukur.. yang penting 2 perkara,give back and be happy. Eh, 3. Give back, be happy and rock and roll !..” tulisnya.

Noh meluahkan perasannya itu di dalam akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri yang sama Noh turut berkongsi mengenai perjalannya dan Nina dari Eropah ke Asia untuk menjalankan misi bantuan kepada yang memerlukan.

Tanpa disedarinya, trip tersebut secara tidak langsung memberinya lebih ruang bersama dengan isteri untuk bercuti.

“Eropah ke Asia dalam 20 minit. Foto saya dan @officialmizznina ketika di atas kapal menuju ke bahagian Asia negara Turkey 2 hari lepas. الحمد لله kami masih sihat menjalani misi #wintermissioncsm ini.

“Walaupun pelbagai ujian mendatang, tapi yg penting amanah kita semua untuk sampai ke mereka yang memerlukan ..

“Pastu baru realise, ni rupa2nya jenis trip honeymoon kami suami istri sekarang. Lock down 2 minggu berkepit sama2 buat charity keliling dunia,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar pasangan itu terus bahagia dan dikurniakan zuriat kelak.

Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Eropah ke Asia dalam 20 minit. Foto saya dan @officialmizznina ketika di atas kapal menuju ke bahagian Asia negara Turkey 2 hari lepas. الحمد لله kami masih sihat menjalani misi #wintermissioncsm ini. Walaupun pelbagai ujian mendatang, tapi yg penting amanah kita semua untuk sampai ke mereka yang memerlukan .. pastu baru realise, ni rupa2nya jenis trip honeymoon kami suami istri sekarang. Lock down 2 minggu berkepit sama2 buat charity keliling dunia. Apa lagi nikmat dunia yang Tuhan tak bagi lagi? Kalau nak cerita soal anak, itu keputusan Allah. Kalau nikmat ada anak tu milik kami nanti2 lah Dia bagi. Tapi kalau dah memang bukan takdir untuk kami menikmatnya, kami still bersyukur.. yang penting 2 perkara,give back and be happy. Eh, 3. Give back, be happy and rock and roll !.. . . ? oleh mr yaman ! @mattkxkx . . Sayang korang semua. ALLAHUAKBAR.

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on