Peminat pelakon dan pelawak Zizan Razak berharap agar dia lebih berhati-hati dalam menjaga batas sesama artis wanita yang lain.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizan berkongsi gambar bersama pelakon Zahirah Macwilson dan perkara itu menimbulkan perbalahan diantara pengikutnya.

Ada diantara pengikutnya berharap agar Zizan dapat menjaga hati pelakon Mira Filzah memandangkan mereka kini didakwa sedang menjalinkan hubungan percintaan.

"Keakraban kami terserlah disini oleh kerana dari lensa ZEISS BATIS dan kesan camera SONY yang sungguh luar biasa," tulisnya.

Keakraban kami terserlah disini oleh kerana dari lensa ZEISS BATIS dan kesan camera SONY yang sungguh luar biasa. #zizanrazak #sony #a7riii #zeiss #batis #bulandanpriaterhebat #movie #2019 @zahirahmacwilson

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Rata-rata mengakui tidak selesa dengan gambar yang dikongsikan oleh Zizan dan berharap dia lebih berhati-hati selepas ini ketika berkongsi gambar di media sosial.





Dalam perkembangan lain, filem lakonan Zizan, Polis Evo 2 kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!