Selepas 60 wanita menyertai ujibakat Projek Bliss®Transformasi Diriku, akhirnya hanya lapan yang terpilih sebagai finalis yang bakal bertanding merebut gelaran ‘Bintang BLISS®’ pertama.

Untuk bergelar ‘Bintang BLISS®’ kesemua finalis perlu memiliki keyakinan diri dan menampilkan sikap optimis selain bersemangat dengan ciri-ciri keperibadian positif yang membolehkan mereka menjadi contoh dan inspirasi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, khususnya dalam pemeliharaan kesihatan penghadaman yang baik.

Finalis pertama seorang model sambilan dan suri rumah, Sakinah Ismail, 23, berkata dia mengambil peluang menyertai program ini untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan dan berkongsi pengalaman dengan masyarakat supaya mengamalkan rutin harian yang sihat dalam kehidupan mereka.

Sarah Menon, 23, seorang graduan undang-undang pula berkata penyertaannya dalam ‘Projek Bliss® Transformasi Diriku’membuka peluang untuknya sisi diri paling sihat dan terbaikuntuk mencapai potensi dirinya yang sebenar.

Bekas finalis Miss Universe 2014, Jean Lim, 26, ingin mempelajari cara untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan produktif selain ingin menjadi contoh kepada mereka yang mengutamakan kerjaya dan keluarga menerusi program ini.

Peserta yang masih bergelar pelajar, Nurul Amira Nadrah, 22, berminat untuk menyertai Projek Bliss® Transformasi Diriku adalah untuk mentransformasi kehidupannya ke arah yang lebih sihat dan memperbaiki disiplin diri serta menjalani gaya hidup sihat.

Sementara itu, empat finalis lagi, seorang guru sambilan dari Puchong, Aina Wahida, 23, graduan Perhubungan Awam & Pemasaran, Ariel Cheong, 22, model sambilan berusia 20 tahun Amy Nur Tinie dan bekas protégé Ziana Zain, Ketty Natalia, 29, berkata, program terbitan Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® yang berkonsepkan Transformasi Diri atau Transformasi Diriku ini amat baik dan penuh informasi untuk mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Kesemua peserta akan dibantu mentor-mentor Projek Bliss®Transformasi Diriku termasuk hos Siti Saleha yang berperanan sebagai kaunselor keyakinan diri dan ‘kakak’ kepada peserta, dan pakar Kecergasan Malaysia, Wong Yu Jin, serta personaliti kesejahteraan sensasi YouTube, Joanna Soh.

Jangan lupa saksikan episod pertama program ini akan disiarkan di Astro Gempak pada 7 Mei 2016, manakala episod-episod baharu akan disiarkan pada Sabtu dan Ahad selama 4 minggu. Durasi setiap episod web adalah selama 5-7 minit.

Para peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM77,000, termasuk hadiah utama berupa percutian untuk 2 orang ke Paris di mana salah seorang daripada mereka akan dimahkotakan sebagai BINTANG BLISS®.

Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss® Transformasi Diriku boleh didapati di http://bit.ly/1XcBdH2.