Wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad dan suami, Datuk Haniff Borhan, Fify Razak akan mengambil tindakan undang-undang.

Baca: "Dah Takda Lelaki Bujang Sampai Nak Kacau Husband Orang .." - Elvina Mohamed

Kata Fify, pihaknya telah berunding dengan peguam dan tindakan undang-undang akan diambil kerana menjatuhkan air mukanya.

"Setelah berunding dengan pihak peguam, saya akan buat laporan polis dan bawa kes ke mahkamah atas kes defamation, menjatuhkan air muka, fitnah tanpa usul.

"Saya akan pastikan hak saya sebagai seorang wanita teraniaya dan tidak akan mengambil ringan kes ini.

"Saya serahkan kepada pihak berkuasa dan Allah kerana demi-Nya, saya tidak melakukan apa-apa salah, jauh sekali merosakkan hubungan perkahwinan," tulisnya menerusi ruangan Instastories.



Jelas Fify, dia enggan terpalit dengan kontroversi murahan membabitkan dunia hiburan hingga mencalarkan imejnya.

"Saya tidak mahu terpalit dengan publisiti murahan seorang artis dan netizen menghukum saya kerana status dan darjat tanpa soal selidik.

"Saya harap dengan pencerahan ini, Elvina dapat membuat susulan dengan pihak media kerana saya ada segala bukti perbualan dan saya percaya, berani kerana benar, bukan untuk naikkan publisiti murahan ataupun menggunakan alasa meroyan," tambahnya.





Dalam siri entri sama, wanita tersebut mendedahkan telah menghubungi suami Elvina, Haniff untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan itu.

"Saya telah menghubungi Haniff Borhan melalui kawan saya dan bertanya tentang isu ini.

"Yang hanya mampu dia reply adalah 'sorry, isteri saya meroyan'.

"Saya tidak boleh menerima alasa itu kerana air muka saya dan keluarga tercemar kerana tuduhan liar ini.

"Saya juga telah cuba menghubungi Elvina melalui DM namun dia terus menuduh dan fitnah saya walaupun saya cuba berunding cara baik," katanya.

Menerangkan lebih lanjut hubungannya dengan Haniff, jelas Fify lagi mereka pernah berjumpa hanya dua kali sebagai batas pelanggan dan agen.

Fify merupakan seorang pekerja di salah satu syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur dan merupakan seorang agen insurans.

Dalam kemas kini terbaharu, Fify turut memuat naik bukti perbualannya dengan Haniff.

Malah, sempat menasihati Haniff agar berurusan dengan agen lelaki sahaja pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Baru-baru ini kecoh apabila Elvina memuat naik foto wanita terbabit di laman Instagramnya dan mendakwa rumah tangganya kini sedang diganggu wanita lain.

Elvina dan Haniff telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember lalu.