Pengacara popular Jihan Muse telah selamat menjalani pembedahan minor di sebuah pusat perubatan swasta ibukota hari ini.

Menerusi kemas kini di Instagramnya, Jihan memaklumkan dia kini dalam keadaan stabil dan pada masa sama menafikan dirinya kini hamil.

"Mak check in jap arini. Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Ape ke nama tah sakit tu nanti tengok balik surat tu I update nama dia.

"Thank you Dr. Sarinah & team @avisenaspecialisthospital yang hebat dan baik-baik belaka.

"Yang DM ucap tahniah tu, hmmm tak saya bukan mengandung adik ninja," maklum Jihan.

Assalamualaikum semua. Mak check in jap arini. Alhamdulillah selesai sudah minor operation. Ape ke nama tah sakit tu nnt tgk blk surat tu i update nama dia. Thank you Dr. Sarinah & team @avisenaspecialisthospital yg hebat dan baik2 belaka. Yg DM ucap tahniah tu, hmmm TAK saya bukan mengandung adik ninja. Huhu.. Saya MC sampai ........ utk urusan kerja dan yg penting2 boleh whats app la klu krik2 tu maknanya masih MC la. Mak rehat jap ye sakit jap.. Moga terhapus dosa2 lalu InshaaAllah. Akhir kata sentiasa utamakan & jaga kesihatan anda kerana itulah benda yg paling mahal di dunia yg takkan mampu nak beli pun..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on


Jihan bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh rawatan selepas selesai pembedahan tersebut namun memohon doa agar diberikan kesembuhan.

"Untuk urusan kerja dan yang penting-penting boleh Whatsapp lah kalau 'krik-krik' tu maknanya masih MC la.

"Mak rehat jap ye sakit jap. Moga terhapus dosa-dosa lalu Insha-Allah.

"Akhir kata sentiasa utamakan dan jaga kesihatan anda kerana itulah benda yang paling mahal di dunia yang takkan mampu nak beli pun," tambahnya.

Ruangan foto itu dihujani doa daripada rakan selebriti dan peminat yang masih menunggu perkembangan semasa Jihan.

Get well soon!