Penyanyi yang berasal dari Singapura, Sufie Rashid mendedahkan tunangnya, Nurulain Md Yusof tidak pernah mengetahui bahawa dia seorang penyanyi ketika di awal perkenalan.

Menurut Sufie yang merupakan juara Akademi Fantasia 2015 dia jatuh cinta pada Nurulain kerana sikapnya yang amat memahami serta tegas.

“Sebenarnya ketika awal perkenalan kami itu dia seorang pramugari dan kerana kerjanya yang sibuk itu dia tidak tahu pun saya seorang penyanyi.

“Perkenalan kami seperti orang biasa sahaja. Saya terpikat dengannya kerana sikap tegas serta dia seorang yang sangat rapat dengan keluarganya.

“Dia jga seorang yang sangat supportive iaitu tetap menyokong apa jua minat saya,” katanya yang ditemui Hlive ketika majlis pertunangannya Sabtu lalu.

Sementara itu, Sufie memberitahu dia dan tunangnya dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung tahun hadapan.

“Sebenarnya tarikh dah ada iaitu hujung tahun hadapan tetapi saya tidak boleh hendak beritahu lagi kerana kami hanya merancang untuk mengikat pertunangan ini selama setahun.

“Mana tahu jika pernikahan itu dipercepatkan nanti saya akan beritahu kelak.

“Bagaimanapun, saya merancang untuk mengadakan dua majlis iaitu di Singpaura dan Malaysia,” katanya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).