Pelawak Nabil Ahmad akui dia dan isteri Zira Ayub tidak mahu mengetahui jantina bayi ketiga mereka sehingga dilahirkan nanti.

Menerusi laporan Hlive, Nabil berkata dia mahu ia menjadi kejutan yang bermakna buatnya dan keluarga supaya teruja menanti kelahiran anaknya yang dijangka lahir pada April 2019.

“Saya sengaja meminta doktor merahsiakan dahulu jantina bayi kami kerana kami mahu ia menjadi kejutan nanti.

“Kalau boleh saya mahu lelaki tetapi jika perempuan pun saya cukup gembira juga asalkan dia sihat dan sempurna,” katanya kepada Hlive.

Sementara itu, Nabil turut memberitahu isterinya berada dalam keadaan yang sihat sepanjang kehamilan ini kerana tiada apa-apa alahan.

“Zira jika hamil dari anak pertama lagi, dia tiada apa-apa perubahan atau alahan.

“Dia seperti biasa sahaja, cuma makan sahaja lebih daripada biasa,” katanya lagi.

Nabil dan Zira mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).