Penyanyi tersohor Dato Sri Siti Nurhaliza memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi pertama rangkaian tiga negara Asia menerusi Konser Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour yang bermula Februari tahun depan.

Konser yang dibawakan oleh Shiraz Projects itu dijadual berlangsung pada 21 Februari 2019 dengan Istora Senayan yang berkapisitas 5,000 peminat sebagai lokasi.

Siti akan menggait Tulus untuk ikut dalam keseluruhan konsernya.

Ia merupakan rangka terkini pelantun lagu Ana Permana itu sempena kehadiran tahun baharu.

Lebih besar dari sekadar tiga negara di Asia, penyanyi berusia 39 tahun itu juga akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April 2019.

Siti pertama kali menuai sukses melakukan persembahan di lokasi ikonik tersebut pada 1 April 2005 berjudul Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London.

“Saya berjanji ini adalah konser terhebat yang akan saya lakukan selepas selamat melahirkan anak,” kata Siti saat ditemui media pada majlis pelancaran Konser Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour, siang tadi.

Dua negara lain yang bakal menjadi lokasi penyanyi yang sudah mengisi lebih 50 konser secara solo adalah Singapura (2 Mac) di Singapore Expo dan Malaysia yang akan diadakan pada 16 Mac di Arena Axiata, Kuala Lumpur.

Keseluruhan rangka konser ini kemudian akan dirakam dan divisualkan sebagai sebuah film dokumentari dengan judul They Call Me Siti yang akan memuatkan segala aktivitas konser dan bagaimana Siti membahagikan masa menguruskan anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Film dokumentari itu akan dirilis di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei pada hujung tahun 2019.

Tiket bernilai Rp 4,495 juta (Meet & Greet), Rp1,7 juta (Diamond), Rp1,2 juta (Platinum), Rp885 ribu (Gold), Rp538 ribu (Silver) dan Rp365 ribu (Bronze) dijual menerusi www.myticket.asia atau layari laman web www.shirazproject.com.

Oleh: Maliah Surip