Pelakon Aeril Zaefril berkongsi beberapa foto bersama isterinya Wawa Zainal ketika mengunjungi sebuah gedung jualan perabot baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Aeril, Wawa seolah-olah memberi 'hint' untuk memintanya membeli sofa baru namun syarat yang dikenakan kepada isterinya itu telah menarik perhatian netizen.

"Macam ni lah perempuan kalau minta sofa baru, nak sofa baru kena bagi baby baru dulu lah," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan kapsyen tersebut.

"Sweet teruk ni.

"Wish you all the best bro.

"Tergelak saya baca.

"Caption win!" tulis netizen.

mcmnilah perempuan kalau mintak sofa baru.??? nak sofa baru, kena bg baby baru dulu la...

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.