Anak kepada pelakon Saharul Ridzwan, Muhammad Luth Ali menarik perhatian ramai apabila gelagat comelnya memakai kain Ihram ketika berada di Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul berkongsi gambar anaknya itu ketika mereka selesai menunaikan ibadah Umrah buat kali pertama.

"Alhamdulillah, dah selesai umrah," tulisnya ringkas.

Alhamdulillah, dah selesai umrah. ?

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Menerusi ruangan komen rata-rata memuji kecomelan Ali dan menganggap dia merupakan seorang kanak-kanak yang beruntung kerana dapat menunaikan Umrah ketika usia masih muda.





Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini, Saharul muncul dalam drama bersiri Selafaz Cinta mulai 27 November lalu.

Selain Saharul, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Riz Amin, Cha Cha Maembong, PU Rizz dan ramai lagi.

Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).