Pelakon, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak meluahkan keinginannya untuk menimang cahaya mata kembar.

Zizan berkongsi sekeping foto dirinya sedang mendukung dua orang kanak-kanak kembar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Teringin rasa nak ada baby kembar. Dapat dukung mereka dah rasa puas dia macam mana. Dan dapat rasa betapa puasnya parents kembar ni punya perasaan. So doa yang baik baik untuk Zizan ya. Love you guys," tulis Zizan di ruangan kapsyen.

Teringin rasa nak ada baby kembar. Dapat dukung mereka dah rasa puas dia macamana. Dan dapat rasa betapa puasnya parents kembar ni punya perasaan. So doa yang baik baik tuk zizan ya. Love u guys #zizanrazak #twin #love #sibling #live #life #peace

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Rata-rata peminat mendoakan agar pelakon filem Abang Long Fadil ini segera melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman hatinya.

Ada juga peminat yang nakal menyebut nama Mira Filzah di ruangan komen entri tersebut.







Pernah didakwa menjalin cinta, Zizan dan Mira menafikan perkara terbabit dan menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar teman.

Filem lakonan Zizan bersama Shaheizy Sam, Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini sedang hangat ditayangkan di pawagam!

Selain Sam dan Zizan, filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!