Drama bersiri terbaru arahan Yusry Abd Halim, Kan Ku Kejar Cinta Kamu mula bersiaran pada malam semalam.

Menghiasi slot Megadrama, drama bersiri terbabit menampilkan Fendy Bakry dan Amyra Rosli sebagai teraju utama.

Selain itu, pelakon lain yang terlibat dalam drama bersiri ini ialah Dalimawati, Hafidz Roshdi, Mia Nasir, Syamim Farid dan ramai lagi.

Menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, netizen sudah mula jatuh cinta dengan drama bersiri ini biarpun ia baru sahaja ditayangkan di kaca televisyen.

Kan Kukejar Cinta Kamu merupakan drama bersiri adaptasi novel dengan judul sama karya novelis terkenal, Fauziah Ashari.

Sebelum ini, Fauziah cukup dikenali dengan novel hebat Ombak Rindu yang pernah diadaptasikan ke layar perak sekitar tahun 2011.

Jangan lupa saksikan Kan Kukejar Cinta Kamu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #KanKukejarCintaKamu #KKCK di laman sosial untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini.

Saksikan lima episod pertama drama bersiri Kan Kukejar Cinta Mu di portal Gempak!