Menerusi paparan skrin yang dimuat naik di laman sosial Twitter, Nabila turut dituduh b****.
"Woi, engkau semua nak rampas. Khai Bahar pun engkau rampas dari Wany Hasrita. B****! Lepas tu nak rapat dengan semua artis,' tulis pengguna tersebut.
— Pematah Hati (@_nabilarazali) December 16, 2018
Nabila bagaimanapun menutup identiti pengguna itu dan hanya memuat naik paparan skrin bersama emoji sedih.
Situasi itu mendapat perhatian peminat penyanyi lagu Pematah Hati itu dan menyifatkan tindakan pengguna itu kurang matang.
Malah, ramai yang masih menyokong Nabila dan menasihati agar penyanyi itu memandang ke hadapan dan endahkan kata-kata negatif sedemikian.
Bertabahlah Nabila!