Penyanyi popular YouTube, Cassidy La Creme yang sering menarik perhatian netizen di media sosial dengan aksinya berbahasa Malaysia kini mengakui impiannya sudah tercapai.

Dalam status terkini di akaun Instagramnya (IG), @cassidylacreme dia menyatakan impiannya menjadi kenyataan selepas berpeluang menyanyi bersama penyanyi popular, Datuk M Nasir.

Pastinya bukan calang-calang orang boleh berduet dengan sifu muzik tersebut apatah lagi berkongsi pentas dalam persembahan berprestij di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi peminat yang tertanya-tanya bolehkah vokal dua penyanyi ini disatukan dalam lagu, ianya dapat disaksikan menerusi video yang dimuat naik Cassidy dalam status yang sama.

Dalam video itu, Cassidy berlatih dengan M Nasir untuk menyampaikan lagu popular, Dua Insan.

A dream come true... ???? . Latihan bersama Datuk M Nasir untuk #KonsertDuoLagenda di Istana Budaya minggu ini! Jangan lupa datang! Dec 20-23! . #mnasir #onescreamstudios #duainsan #cassidylacreme #cassidyboleh #roadtoistanabudaya #istanabudaya

A post shared by Cassidy La Creme (@cassidylacreme) on


Penyanyi wanita berasal dari Australia itu sebelum ini menerima respons positif peminat di negara ini yang turut terhibur dengan aksi nyanyiannya di IG.

Cassidy yang memang fasih berbahasa Malaysia pernah mempunyai single berjudul Seperti Dia.

Nyata, kehebatan vokal M Nasir apabila digandingkan dengan wanita Inggeris itu memberi suatu kelainan pada lagu Dua Insan yang pernah dipopularkan M Nasir sendiri bersama Yunizar Hussein.

Cassidy dan M Nasir terbabit dalam Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 20 sehingga 23 Disember ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @cassidylacreme