Meskipun tewas kepada pasukan lawan, Harimau Malaya tetap meraih sokongan padu peminat di tanah air.

Malaysia kalah dengan keputusan aggregat 3-2 selepas Vietnam menjaringkan gol kemenangan pada minit keenam pada pertemuan final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi.

Bagi peminat, pencapaian anak buah Tan Cheng Hoe sebagai naib juara tetap membanggakan rakyat Malaysia.

Tidak ketinggalan, selebriti tempatan berkongsi pandangan mereka terhadap pasukan Harimau Malaya yang dikongsi menerusi media sosial.

Tahniah Malaysia ,dah sampai ke Final pun dah cukup hebat .bukan rezeki kita .

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on


Pelawak Fad Bocey mengucapkan tahniah pada pasukan Kebangsaan sambil menyifatkan kejayaan pergi final sudah cukup membanggakan.

"Terima kasih Harimau Malaya. Anda semua adalah nombor satu. Terima kasih sebab berjuang sehingga akhir," kata pelakon Ummi Nazeera.

thank you Harimau Malaya.. You guys are our number ONE. thank you for fighting til the end.. #EkorHarimauMalaya #AFFSUZUKICUP

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


Begitu juga, penyanyi Shiha Zikir menyatakan kekalahan Malaysia kali ini tidak mengubah pendirian penyokong tempatan yang sejati.

Walau kita tewas,kami tetap jadi ekor harimau sejati ⚽️?? Good job Malaysia ?? . Tq so much @era.je #ShihaSing

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on


"Takpa lah, nak buat gena rezeki sampai di sini... walau apa pun kami tetap bangga dgn pencapaian #HarimauMalaya yang sampai ke tahap ni," kata pelakon Rozita Che Wan.

Tak pa lah , nak buat gena rezeki sampai di sini ... walau apa pun kami tetap bangga dgn pencapaian #HarimauMalaya yg sampai ke tahap ni ? .. Cuba lagi 2020!

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @umminazeera & rozitachewan1