Penyanyi dan bintang program Big Stage, Wani Kayrie telah kembali ke Malaysia setelah dua bulan berentap di pertandingan D Academy Asia 4 di Indonesia.

Wani telah selamat sampai di sini pada hari semalam dan kepulangannya telah disambut oleh keluarga tercinta.

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Genap dua bulan tak berjumpa, alhamdulillah terubat rasa rindu bila disambut dengan kedatangan family, terima kasih kepada yang datang semalam!" tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Wani mengucapkan selamat kembali kepadanya.

Genap 2 bulan tak berjumpa ? Alhamdulillah terubat rindu bila disambut dengan kedatangan family ❤️✨ Terima kasih yang datang semalam!

A post shared by ???? ?????? (@wanikayrie) on


Perjalanan Wani di D Academy Asia 4 terhenti pada minggu lalu disebabkan kekurangan satu markah dari melayakkan dia mara ke peringkat seterusnya.

Terdahulu, Wani telah memenangi tempat keempat dalam program Big Stage yang turut menampilkan Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan dah Baby Shima sebagai finalis di konsert akhir.