Instafamous dan usahawan Syafiqah Aina mengumumkan dia kini sedang berbadan dua.

Menerusi entri di Instagram malam tadi, Aina memaklumkan khabar gembira itu apabila dia kini betul-betul bersedia.

"Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang.

"Mungkin ramai yang tanya sebelum ni but I’m not ready yet to tell everyone. Ni nak bagitahu orang pun tak tahu kenapa hati berdebar debar.

"Maybe sebab ni rezeki pertama, jadi terlalu overprotective. Risau ada, takut ada," kata Aina.

Alhamdulillah, banyak sangat Allah bagi tahun 2018 ni. Semoga yang lebih baik untuk tahun akan datang ❤️ . Mungkin ramai yang tanya sebelum ni but I’m not ready yet to tell everyone. Ni nak bagitahu orang pun tak tahu kenapa hati berdebar debar. Maybe sbb ni rezeki pertama, jadi terlalu overprotective. Risau ada, takut ada. . Semoga yang baik baik kalian doakan, semoga Allah permudahkan jalan, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga Allah sentiasa lindungi & pelihara Aina dan baby dan semoga Allah jauhkan dari yang bukan bukan. && Semoga doa baik kalian dibalas dengan beribu ribu kebaikan ❤️ . Aina percaya sangat doa orang lain juga yang bawa banyak rezeki pada Aina & Hafiz. And always be clear, transparent and specific in every duas you make (cara doa yg lebih specific ni Aina ubah sebulan before pregnant dan Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan). Ambil la kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas. . *Ignore baby cot belakang tu, pinjam orang punya sbb ada kerja haritu ?*

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on


Pasangan Aina dan Hafiz Mahamad yang mula viral sejak tahun lalu itu mencuri perhatian menerusi pelbagai kisah cinta romantis.

Aina turut berkongsi amalan doa yang dipraktikkan sebelum hamil.

"Aina percaya sangat doa orang lain juga yang bawa banyak rezeki pada Aina dan Hafiz.

"And always be clear, transparent and specific in every duas you make (cara doa yg lebih specific ni Aina ubah sebulan before pregnant dan Alhamdulillah Allah dengar & makbulkan).

"Ambillah kesempatan doa time mustajab untuk berdoa. And never ever underestimate the power of duas," ujar Aina lagi.

Aina dan Hafiz telah mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini!