Bukan mudah mahu menjadi anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

Dalam beratus individu yang memohon mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan.

Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit nombor satu di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit lain dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Ramai tahu yang latihan PASKAL agak sukar untuk dijalani dan bukan semua orang mampu melakukannya.

Namun begitu, Gempak mencabar tujuh selebriti media sosial untuk merasai pengalaman sebenar berlatih di kem PASKAL tanpa henti selama 24 jam bersama KD Panglima Hitam.

Antara selebriti yang terlibat dalam cabaran PASKAL24JAM ialah Idris Khan, Chazy Nash, Sean Lee, Joshua Benedict, Daniel Fong, Alif Muhaimin dan Syafiq Ahmad.

Bolehkah mereka menghadapi semua cabaran yang disediakan? Jangan lupa saksikan gelagat mereka dalam PASKAL24JAM!


Sementara itu, jangan lupa untuk menonton filem PASKAL The Movie yang sedang hangat disiarkan di Astro First (saluran 480).