Pelakon dan bekas peserta pertandingan Lawak Solo 2016, Fikry Ibrahim bersyukur apabila berjaya menamatkan pengajiannya yang tertangguh di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fikry berkongsi gambar ketika bersama rakan-rakannya di hadapan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media beserta kapsyen yang mencuit hati peminat.

"Saya dah grad anda bila lagi? Mak kata habih belajaq (habis belajar) boleh nikah. Hahahahah.

Saya dah grad anda bila lagi? Mak kata habih belajaq boleh nikah. Hahahahah. Alhamdulillah. Terima kasih kawan2,lecturer dan warga Uitm.

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


"Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan, lecturer dan warga Uitm," tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen tersebut dan ada juga menawarkan diri mereka untuk menjadi bakal isterinya.




Sebelum ini, Fikry menjelaskan dia terpaksa menangguhkan sebentar pengajiannya kerana mahu memberi fokus pada kerjaya seni terlebih dahulu.